Sunday, February 14, 2010

Re:MINIT MESYUARAT PERMUAFAKATAN PADA 1 FEBRUARI 2010

Pihak Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) menjawab bagi minit mesyuarat pada 1 Februari lalu, majlis mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Aminuddin bin Adam (Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru) mengenai laporan isu-isu semasa sekolah.

1. Kekeliruan Status LPS

Saya Mohd Zaki bin Yahya sebagai Bendahari Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) telah memperkenalkan diri saya melalui Laporan Prestasi Tahunan Sekolah. Adalah mustahil tuan pengetua yang juga memberi markah bagi setiap staff dan juga guru-guru tidak mengetahui kedudukan saya.Arwahyahammah Pn. Rokiah binti Othman yang pada itu sebagai Pengerusi LPS pernah berjumpa dengan Tuan pengetua memperkenalkan siapa LPS sebenarnya di sekolah ini.
Dan bukti yang lain, Tuan pengetua pernah meminta tandatangan Pengerusi LPS Arwahyahammah Pn. Rokiah bagi Laporan Mesyuarat PIBG Tahun 2007-2008.
Kekeliruan yang dihadapi oleh tuan pengetua Che Selamah binti Che Nik adalah satu penghinaan terhadap Lembaga Pengurusan Sekolah yang sah.

2. Masalah Kantin Harian

Kantin harian yang tidak beroperasi pada 4 januari 2010 hingga kini disebabkan pihak sekolah tidak mengambil tindakan sewajarnya. Untuk pengetahuan pengetua, masalah ini sudah lama berlaku sehingga bil air mencecah 3 ribu ringgit. Kes ini disebabkan air bocor di dalam kantin. Sebelum ini juga pihak kantin telah membayar bil air dengan kos yang tinggi. Untuk pengetahuan pengetua, Arwahyahammah Pn. Rokiah telah di beritahuoleh pengarah pada mesyuarat lepas bahawa segala bil air, bil elektrik termasuk baikpulih kantin harian dibayar oleh pihak sekolah.

3. Bilik Pengetua yang lama berkunci

Sediamaklum sebelum ini bilik tersebut adalah bilik pengetua yang lama dan pengerusi LPS. Dan tuan pengetua sendiri telah diberi bilik tetapi telah menyerah bilik itu kepada GPK 1, PN Faridah Hanam. Pengetua telah duduk di ruang tetamu sebelah bilik pengetua lama . Kini ruang tetamu telah dijadi bilik pengetua. Pengetua telah duduk bilik baru tersebut. Mengikutkan bilik itu tidak mendapat persetujuan oleh LPS.

4. Tingkat Kedua atas Kantin Harian.

Tingkat kedua itu memang sentiasa dikunci dan kekurang bilik yang amat ketara yangdihadapi oleh pengetua adalah kesilapan pengetua sendiri. Pengetua sendiri tidak pernah menghantar surat permohonan untuk menggunakan tingkat tersebut. Dan jauh sekali perbincangan bersama dilakukan untuk mendapatkan persetujuan bersama.

5. Lembaga Pengurusan Sekolah

Kami adalah Lembaga Pengurusan Sekolah yang sah yang menandatangani M.O.U bersama Kementerian Pelajaran Malaysia. Dan Dakwaan Jabatan Agama Islam mengatakan bahawa dia juga menandatangani M.O.U adalah Palsu. Semasa M.O.U ditandatangani Pengerusi adalah Pn. Rokiah dan Dakwaan Jabatan Agama Islam Pengerusi nya adalah Ustaz Aris. Satu Penipuan besar telah dilontarkan terhadap LPS kami. Dan kami mendakwa Jabatan Agama Islam telah mempersendakan Kementerian Pelajaran Malaysia yang juga mewakili Kerajaan Malaysia dengan tidak mengiktiraf LPS kami. Dan juga menghina perundangan Malaysia.

6. Wakaf

Sediamaklum untuk mendirikan sebuah sekolah agama perlu mewakaf tanah . Tanah wakaf tersebut diamanahkan kepada Jabatan Agama Islam. Jabatan Agama Islam telah mendakwa tanah yang dimiliki oleh LPS kami, adalah hak Jabatan Agama Islam. Kami sebagai LPS menolak
sekeras-kerasnya. Tanah wakaf tersebut dipohon oleh Arwah Hj Marzuki untuk memajukan sekolah agama. Tanah wakaf itu ada tuannya. Tuannya adalah Kami, Lembaga Pengurusan Sekolah. Dan Diamanahkan kepada Jabatan Agama Islam ertinya menjaga tanah tersebut tidak berlaku jual beli atau bertukartangan kepada pihak lain. Satu perkara kurang ajar dan juga satu usaha melakukan rampasan kuasa yang diketua oleh Jabatan Agama Islam johor. Jabatan Agama Islam Johor cubaan merampas aset LPS setelah kematian arwah Hj. Marzuki dan juga Arwahyahammah Pn. Rokiah. Sebelum ini Jabatan Agama Islam tiada perbincangan lansung mengenai isu tersebut.

Disediakan Oleh Mohd Zaki bin Yahya