Saturday, February 13, 2010

Selamat datang ke Blog LPS SMA Al-Quran Waddin

Selamat datang ke blog rasmi Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Agama Arab Al-Quran Waddin. Dengan wujudnya blog rasmi ini, segala pertanya dan juga masalah anda akan kami dengar untuk kebaikan bersama. Bersyukur kami kepada Allah yang Esa, kita dapat melangkah ke tahun 2010 dengan penuh semangat untuk menempuh segala cabaran akan datang.
Dengan wujudnya blog ini pihak sekolah, pihak kementerian atau Sektor Pendidikan Islam dan Moral terutamanya sekali pengetua dapat berhubung terus melalui saluran ini.

Bukan setakat itu sahaja, kami mempunyai wakil Lembaga Pengurusan di bahagian pentadbiran sekolah iaitu En. Mohd Zaki bin Yahya. Segala masalah boleh berjumpa terus melalui beliau. dengan ini dapat menghiratkan tali persaudaraan sesama insan. Dan juga menyelesaikan masalah dengan kadar segera tanpa bikrokrasi.

Sekian untuk kali ini.

Terima kasih.